Jom Berkenalan Dengan Bulan Rejab

Bulan Rejab mengikut perspektif Al-Quran dan As-Sunnah


Pengenalan


1. Rejab ertinya " Mulia". Bulan Rejab adalah bulan mulia. Ia diberi nama sedemikian kerana bangsa Arab dahulu sangat memuliakan bulan ini dengan 4 cara iaitu :



  • Tangal 1hb Rejab mereka menyembelih anak unta sebagai Qurban.
  • Tanggal 1hb Rejab mereka akan membuka pintu Ka'abah siang dan malam agar dapat beribadah dengan sepuasnya.
  • Tanggal 10hb Rejab mereka kembali menyembelih Qurban tetapi tidak lagi anak unta. Amalan ini telah dibatalkan setelah datangya Islam.
  • Bulan diharamkan berperang, setelah datangnya Islam amalan ini juga telah dibatalkan.

2. Tanggal 27hb Rejab berlakunya peristiwa penting dalam kehidupan Rasulullah SAW iaitu Isra' dan Mi'raj. Terdapat khilaf di kalangan ulama' mengenai tarikh sebenar berlakunya peristiwa ini tetapi jumhur ulama  bersepakat menerima ia berlaku pada 27hb Rejab. Tarikh berlakunya Isra' dan Mi'raj tidaklah penting tetapi umat Islam wajib meyakini bahawa peristiwa ini benar-benar berlaku ke atas tubuh mulia Rasulullah SAW berdasarkan dalil qatie dari Al-Quran dan hadis-hadis sahih.

3.  Pada bulan ini  juga berlakunya peperangan Tabuk pada tahun 9 Hijrah iaitu peperangan terakhir yang disaksikan oleh Rasulllah SAW.



Itulah info sedikit sebanyak yang Ieyra dapat kongsikan bersama korang semua .  Semoga di bulan mulia ini kita dapat tingkat kan ibadah kita bersama . 

Wallahualammmm....


kredit to : www.islah.edu.my

4 comments :

Bitt (double IS) said...

amin....insyallah :)

ieyra said...

Insya Allah ....

Nyue said...

thanks 4 sharing ieyra....
ad bnyk manfaat d'bulan rejab nie..nk pose xdpt tgh ehem2..

ieyra said...

hee~ paham tu mksdnye ...
huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Jejak Anda Disini