10 Ciri Lelaki Kasanova

Assalamualaikum w.b.t.
hye ! cik ieyra nak kongsi tentang tajuk kat atas tu . agak - agak menarik tak ? 
hee ~ 
jom baca :


1. Di awal perkenalan, si dia menjadi insan yang paling mulus. Apa sahaja yang kamu mahu semuanya akan di penuhi. Namun harus di ingat semua itu hanya mampu bertahan tidak lebih sebulan. Sedikit demi sedikit si dia akan menunjukkan taringnya.

2. Sentiasa kemas dan perwatakannya seperti berada, tapi sebenarnya poket kosong. Kalau ada pun cuma untuk buat pelaburan memikat kamu di awal perkenalan kemudian duit kamu pulalah jadi mangsa.


3. Lelaki kasanova tidak pernah patuh pada janji, tengok sahaja setiap kali kamu keluar dating. Siapa yang akan sampai dahulu.


4. Sering beri pelbagai alasan apabila kesilapannya dapat dikesan. Lebih jelas lagi dia juga sering mempersalahkan orang lain atas kesalahannya sendiri.

5. Mementingkan kekemasan diri dan pakaian yang dipilih juga bukan calang-calang jenama. Maklumlah nak memikat ramai mangsa.

6. Baru kenal tidak sampai seminggu sudah berani mahu sentuh-sentuh di bahagian yang sensitif. Sengaja mahu menggoda kamu untuk pergi lebih jauh.

7. Apabila keluar dengannya, dia selalu tunjuk macho depan kamu. Ada masanya dia akan menegur perempuan lain dengan ramah di depan kamu. Kononnya mahu buktikan pada kamu si dia tidak curang di belakang kamu. Tetapi dia memang peramah dengan semua orang.

8. Selepas sebulan berkawan, si dia berani minta wang untuk di pinjam. Tanpa sengan silu si dia memintanya daripada kamu.. Ha… alasan yang diberikan untuk meminjam itu mmg konkrit dan silap-silap hari bulan kamu akan termakan dengan kata-kata manisnya.
9. Lelaki kasanova biasanya mempunyai paras rupa yang agak tampan sebab itulah perempuan muda cair dan jadi mangsa. Jangan mudah percaya pada wajah tetapi percayalah pada hati.

10. Jarang bercerita tentang keluarganya apatah lagi mahu membawa kamu berjumpa ibu bapanya. Ini sememangnya perkara yang sering berlaku. tetapi harus di ingat juga ada kalanya mereka ada mengajak tetap ajak ajak ayam sahaja. Mulut kata ya dalam hati tidak.





oke ! nie lah sedikit sebanyak yang cik ieyra dapat kongsikan kali nie . sO , girls fikir-fikirkanlah ~~

wassalam....


credit to : 


8 comments :

Nyue said...

hhuhuu...mslh nyer pompuan skang nak laki2 yg kacak2..kemas2...& nyue xkata semua lelaki y kacak2 2 kasanova .....apa2 pon hati2...

ADZA IRDAWATI aka MAK DARA said...

kepada hadis2 yg sedang mencari pasngan tu hati2lah dalam memilih ye hehe

❤ cik ieYra ❤ said...

yup .
cik ieyra akui sbb ieyra pon nak yg kacak2 gak .
walaupun rupa 2 tak tahan lme.
hehehehe

❤ cik ieYra ❤ said...

heehehe .
sOkong pe yg mak dara kate 2 .
hati-hati dlm memilih pasangan hidup :)

shark said...

shark lelaki kampung..
so jgn takut:)

❤ cik ieYra ❤ said...

heee ~
tak semestinye fokus kpd lelaki bandar shj ea .

e-lyana said...

kalau yg kacak tapi kasanova, boleh terima lagi, tapi kalau yg xberapa 2, rasa macm nak termuntah lah kan >.<

hehehe, nice entri sis :D

❤ cik ieYra ❤ said...

hehehe .
memang pun . kalau ad yg tak seberapa tu tp berlagak kasanova =.=

rasa macam tak boleh terima je.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Jejak Anda Disini