konichiwa

apakah erti seorang sahabat , teman mahupun seorang kawan . begitu banyak maksud yang tersirat disebalik semua itu . apabila dihuraikan barangkali 3 hari 3 malam aku mengarang blog ini . apalah nilai kehidupan ini tanpa  ahli keluarga disisi ,begitu juga dengan sahabat ,teman dan juga kawan .semasa kecil aku mempunyai seorang kawan baik .walaupun pelbagai masalah yang kami hadapi , kami masih lagi berkawan hingga sekarang .aku ingat lagi semasa kami di peringkat sekolah menengah .orang sedang meningkat remajalah katakan , huhuhu .
memang aku akui dia seorang yang sangat cantek bukan pada pandangan aku sahaja bahkan dipandangan setiap insan yang bergelar manusia .aku mengenali seorang remaja lelaki disekolahku .entah mengapa aku terlalu bencikan nya sehingga aku memberikan nombor telefon remaja ini kepada sahabat ku ini .
bermula dari situlah detik perkenalan mereka .daripada soerang kawan biasa akhirnya menjadi pasangan kekasih .dan bermula dari itulah aku menjadi orang tengah mereka .

setiap kali ada pesanan akan ku sampaikan dengan setianya .tetapi , dalam jangka masa perhunbungan mereka berlakulah satu konflik yang tidak terancang .bukannya konflik antara aku dengan kawan aku itu tetapi konflik antara aku dengan rakan sekelasku merangkap geng2 aku .mereka tidak menyukai persahabatan aku bersama remaja lelaki tersebut .tetapi ,aku bersikap endah tak endah dan masih meneruskan hubungan aku dengan remaja lelaki tersebut .sejak itu , perhubungan aku dengan geng2 aku mulai renggang .aku akui aku cukup terasa hati dan tersisih ketika itu . apakah salahku bersahabat dengan remaja tersebut .dan dalam kerenggakan itu , aku mula menjalinkan hubungan cinta dengan remaja tersebut . percaya atau tidak remaja tersebut adalah classmate aku sendiri. setiap aku teringat ,aku akan gelak sendiri dan kadang- kadang mengalirkan mengalir juga airmata ku ini .

dalam tempoh perkenalan dan hubungan aku dengan dia bagaikan belangkas . kemana sahaja aku pergi mesti dia ada bersama .memandangkan aku tinggal kat asrama, kami hanya berhubung melalui surat menyurat sahaja dan semestinya ada posmen antara kami berdua .kebahagian yang kami kecapi tidaklah terlalu lama .hanya makan beberapa minggu sahaja ini kerana ada masalah yang tidak dapat di elakkan .oleh yang demikian aku terpaksa mengundur diri kerana remaja tersebut masih sayangkan kawan aku itu .mungkin bukan jodoh aku dengannya .tetapi , masih segar lagi diingatan ini mengenai janji - janji nya terhadap aku dahulu .aku tak pernah melupainya .biasalah kan , manusia sentiasa lupa .aku redha dengan takdir aku ini .kini hanya tinggal kenangan di antara kami .

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Jejak Anda Disini