jika aku jatuh cinta

Ya Allah…
Jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu,
agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu

Ya Allah…
Jika aku jatuh hati,
izinkan aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta semu.

Ya Rabbul Izzati…
Jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu

Ya Allah…
Jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat
di sepertiga malam terakhir-Mu.

Ya Allah…
Jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh
dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.

Ya Allah…
Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu,
telah berjumpa pada taat pada-Mu,
telah bersatu dalam dakwah pada-Mu,
telah berpadu dalam membela syariat-Mu.
Kokohkanlah ya Allah ikatannya,
kekalkanlah cintanya,
tunjukilah jalan-jalannya,
penuhilah hati-hati ini dengan nur-Mu yang tiada pernah pudar.

konichiwa

apakah erti seorang sahabat , teman mahupun seorang kawan . begitu banyak maksud yang tersirat disebalik semua itu . apabila dihuraikan barangkali 3 hari 3 malam aku mengarang blog ini . apalah nilai kehidupan ini tanpa  ahli keluarga disisi ,begitu juga dengan sahabat ,teman dan juga kawan .semasa kecil aku mempunyai seorang kawan baik .walaupun pelbagai masalah yang kami hadapi , kami masih lagi berkawan hingga sekarang .aku ingat lagi semasa kami di peringkat sekolah menengah .orang sedang meningkat remajalah katakan , huhuhu .
memang aku akui dia seorang yang sangat cantek bukan pada pandangan aku sahaja bahkan dipandangan setiap insan yang bergelar manusia .aku mengenali seorang remaja lelaki disekolahku .entah mengapa aku terlalu bencikan nya sehingga aku memberikan nombor telefon remaja ini kepada sahabat ku ini .
bermula dari situlah detik perkenalan mereka .daripada soerang kawan biasa akhirnya menjadi pasangan kekasih .dan bermula dari itulah aku menjadi orang tengah mereka .

setiap kali ada pesanan akan ku sampaikan dengan setianya .tetapi , dalam jangka masa perhunbungan mereka berlakulah satu konflik yang tidak terancang .bukannya konflik antara aku dengan kawan aku itu tetapi konflik antara aku dengan rakan sekelasku merangkap geng2 aku .mereka tidak menyukai persahabatan aku bersama remaja lelaki tersebut .tetapi ,aku bersikap endah tak endah dan masih meneruskan hubungan aku dengan remaja lelaki tersebut .sejak itu , perhubungan aku dengan geng2 aku mulai renggang .aku akui aku cukup terasa hati dan tersisih ketika itu . apakah salahku bersahabat dengan remaja tersebut .dan dalam kerenggakan itu , aku mula menjalinkan hubungan cinta dengan remaja tersebut . percaya atau tidak remaja tersebut adalah classmate aku sendiri. setiap aku teringat ,aku akan gelak sendiri dan kadang- kadang mengalirkan mengalir juga airmata ku ini .

dalam tempoh perkenalan dan hubungan aku dengan dia bagaikan belangkas . kemana sahaja aku pergi mesti dia ada bersama .memandangkan aku tinggal kat asrama, kami hanya berhubung melalui surat menyurat sahaja dan semestinya ada posmen antara kami berdua .kebahagian yang kami kecapi tidaklah terlalu lama .hanya makan beberapa minggu sahaja ini kerana ada masalah yang tidak dapat di elakkan .oleh yang demikian aku terpaksa mengundur diri kerana remaja tersebut masih sayangkan kawan aku itu .mungkin bukan jodoh aku dengannya .tetapi , masih segar lagi diingatan ini mengenai janji - janji nya terhadap aku dahulu .aku tak pernah melupainya .biasalah kan , manusia sentiasa lupa .aku redha dengan takdir aku ini .kini hanya tinggal kenangan di antara kami .

sejenak bersama

hari ini aku mula berpuasa menggantikan hari - hari yang aku tinggalkan dahulu . aku bernasib baik kerana hanya tinggal dua hari saja lagi untuk aku menamatkan puasa gantiku ini . aku kini berada di kajang selangor , menghabiskan masa cuti disini .hohohoho .alangkah indahnya duduk bersenang lenang disini .menggemukkan badan saja aku disini . hahaha .okey lah , out dulu .

no title

Assalamualaikum w.b.t . .
Aku bukanlah seorang pemuitis untuk menulis kata-kata puitis yang indah belaka. Tetapi, aku ingin meluahkan apa yang aku rasakan selama ini. Aku bukanlah seorang yang pakar dalam melibatkan bab-bab cinta ini tetapi aku juga mempunyai pengalaman mengenai dunia bercinta ini. Ya, aku akui bahawa ini bukanlah masa yang sesuai untuk mengalami semua ini tetapi oleh kerana terlalu mengikutkan dunia remaja aku juga ingin merasai suasana alam percintaan monyet ini. Aku bukanlah seorang perempuan yang cantik dari segi paras rupa mahupun segalanya di luaran akan tetapi aku mempunyai sekeping hati yang tulus untuk menyanyangi dan mencintai seseorang. Mengapa ‘dia’ meninggalkan aku sewaktu aku sudah menyerah menyerahkan segala isi hatiku padanya?? Apakah aku masih kurang dimata ‘si dia’.jangan terlalu menilai dari segi luaran kerana luaran tidak akan menjamin segala kebahagiaan. Berat sungguh hati ini melepaskan diri dikala dirimu meminta dilepaskan dariku?? Apakah sebenarnya yang kau inginkan??
Katakan saja  padaku. Jika permintaanmu itu mampu aku tunaikan, aku akan cuba lakukan dengan sebaik mungkin. Aku masih ingat lagi sewaktu kau inginkan masa untuk tenangkan fikiran ,aku berikan kau peluang untuk berfikir. Adakah kau berfikir sewaktu  kau meminta ku melepaskanmu, adakah kau memikirkan perasaanku?? Ada tak !!! tak ada kan??? Betapa pedihnya luka yang telah kau  calarkan ini. Adakah kau tahu betapa beratnya hati dan perasaan ini untuk melepaskan mu??mujurlah ketika itu imanku masih kuat jika tidak aku pun tidak tahu apa yang akan berlaku pada diriku ini. Adakah kau tahu sayang, berapa lama aku menangisi pemergian mu itu??tidak tahu bukan??
Dikala sahabat-sahabatku tahu akan keadaan ku itu, merekalah yang telah memberi kekuatan dan semangat kepadaku. Ya, aku akui kadangkala sedikit cemburu ketika sahabatmu membandingkan aku dengan kekasih mu dulu. Aku juga tahu betapa kau menyayanginya dahulu. Aku tahu itu dan aku saksikan sendiri bagaimana kau sanggup berkorban demi dia, tapi kenapa bukannya aku? Kenapa sayang? Aku telah cuba untuk menjadi yang terbaik buat dirimu. Aku mencuba sayang bukannya aku tidak mencuba. Kejamkah diriku ini kerana berusaha untuk memadamkan memori kau bersama dia. Katakan padaku, adakah aku salah??
Aku juga sedar aku ini tidak setanding dia tetapi adakah kau sedar bahawa aku ini lebih setia berbanding dia. Adakah kau sedar sayang?? Wahai sayangku, dengarlah rintihan hati ini. Adakah kau mengingati aku dikala ini sebagaimana aku mengingati dirimu itu. Aku sentiasa berpegang pada kataku ini, selagi engkau dihatiku, mustahil bagiku untuk menerima insan lain. Bukan  aku tidak mencuba tetapi hati ini telah aku serahkan sepenuhnya kepadamu sayang. Tidakkah kau mengerti lagi. Betapa dalamnya luka yang telah kau hiris ini, begitu parah sekali dan semestinya sukar untuk disembuhkan melainkan dirimu kembali kepadaku sayang. Sayang.......aku terlalu merindui dirimu dan terlalu menyayangi dirimu,kembalilah kepadaku sayang, kembalilah....hanya engkau seorang sahaja yang bertakhta dihati ini. Bagilah aku peluang untuk menyayangi kau semula,tetapi andai kata kau telah ada pengganti buat dirimu, aku sedia undur diri walaupun hakikatnya aku masih sayangkan dirimu.
Adakah kau tahu disaat aku mengenali dirimu aku cuba untuk mengelaknya kerana aku tidak mahu perkara sebegini berlaku. Namun, apakan daya diriku ini tidak mampu untuk menepis perhatian yang telah kau berikan. Disaat kau melamarku diriku untuk menjadi pasanganmu, aku telah mengambil masa yang lama untuk berfikir kerana aku tidak mahu dikecewakan lagi. Rupa-rupanya sangakaanku meleset sama sekali kerana hanya seketika aku merasai kebahagiaan yang kau berikan. Namun begitu, aku tetap bahagia dengan kehadiran dirimu buat aku. Kau telah mengubah diriku ini sayang. Sayang....kembalilah kepadaku . . aku terlalu mengharapkan dirimu sayang.



Aku kembali untuk memenuhi ruangan yang tersedia untuk aku sahaja . . aku hipokrit? Atau aku seorang yang pentingkan diri sendri ? walauapapun orang kata, aku tetap aku dan ada aku kisah. . aku tidak pernah kisah pasal orang lain so, tolong la jaga tepi kain sendiri . opss . .itupun kalau korang  pakai kain lah. .hari lahir ku telah berlalu dengan satu anggapan yang kosong . aku terlalu mengharapkan bahawa dia melafazkan ucapan ulang tahun hari lahir ku. . namun, apa yang aku dapat?? Nothing . . sedihkan apabila kita sering menunggu  bulan yang mustahil akan jatuh ke riba kita . .aku sudah mengetahui bahawa dia tidak akan berbuat demikian kepadaku . .akan tetapi ingatlah wahai sayangku, jika engkau menemui seseorang yang lebih sempurna dariku, janganlah engkau kecewakan dia seperti mana engkau telah kecewakan aku. .adakah engkau mengetahui bahawa , apabila seorang gadis telah menyayangi kekasih hatinya sepenuh hati,dia tidak akan melepaskan kekasihnya itu melainkan kekasihnya itu telah menemui pengganti buat dirinya . .
Bagaimana harusku meluahkan, perasaan ku padamu . .yang selama ini  kupendamkan dalam diamku. . sukarnya  ku  berterus terang, tentang perasaan ini bimbang seandainya kau tak terima ,musnahlah harapanku ini. Bagaimana harus aku  menghadapi semua itu sedangkan ku mencintai mu sepenuh hati . tak mudah untuk ku melupakan dirimu .kau bagiku segala-galanya . .pada Yang Maha Kuasa ku panjatkan doa moga dibukan pintu hatimu ,kan ku buktikan kejujuran cintaku . jangan biarkan keraguan menghantui jiwamu dalam ku meniti semua kepastian dari bibirmu oh kaseh . . kaseh dan sayang,cinta dan rindu tersemat di jiwaku.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Jejak Anda Disini